Laman ini dibangunkan sebagai pemangkin kepada kemudahan dan pemudahcara ICT kepada Komuniti Pendidik di mana jua anda berada. Kami menyediakan perkhidmatan pemudahcara dalam mengintegrasikan ICT dalam P&P . Selamat Datang..
RSS
content top

Mengenai Laman Ini

Selamat Datang kepada semua pengunjung dan pelawat.

Pada awalnya, ilmu ini disebarkan hanya kepada beberapa orang rakan yang ingin bantuan dalam 'menggunakan' ilmu ICT yang mereka ada agar diintegrasikan dengan kaedah P&P mereka. Oleh itu, kami memberikan bantuan dan kursus bukan hanya untuk mendalami ilmu tersebut, tetapi bantuan diberikan dalam membentuk kreativiti mudah menyediakan satu set produk khas dalam mencipta satu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan lebih menarik minat anak-anak murid yang dewasa ini lebih terarah kepada sumber ICT.

Beberapa set pemudahcara pendidik dalam mengurus P&P, Panitia, Unit-Unit Khas, Penilaian dan Pentaksiran serta mengurus Maklumat Murid telah dibangunkan mengikut spesifikasi khas keperluan pendidik tersebut. Set-set koleksi bahan audio dan visual juga berjaya dikumpul bagi memudahkan rakan-rakan pendidik memperbanyakkan sumber pengajaran. Maka terciptalah laman blog http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ yang mana telah berjaya memberi ruang kepada ramai warga pendidik daripada Malaysia, Brunei, Singapura malah daripada Australia mengakses kemudahan koleksi ini secara percuma.

Berikutan itu, terdapat permintaan daripada beberapa rakan pendidik dan sekolah-sekolah tertentu untuk menyediakan kursus khas Integrasi ICT Dalam P&P ini. Malangnya, permintaan yang banyak tidak dapat dipenuhi semuanya, mengakibatkan timbul cadangan daripada rakan-rakan kepada kami untuk menyediakan satu laman khas inisiatif dan kreativiti Integrasi ICT dalam P&P dan Pengurusan Sekolah supaya mereka mudah mengakses dan menggunakan setiap produk yang telah kami bina.


PEMUDAHCARA DAN AUTOMASI KEMUDAHAN PENGURUSAN

Sehingga hari beberapa automasi pemudahcara pengurusan guru telah dibina dan digunakan secara tidak rasmi di beberapa buah sekolah.

  1. Automasi Pengurusan Peperiksaan (U-exam v4.2)
  2. Automasi Pengurusan Kokurikulum (U-koko v2.2)
  3. Automasi Pengurusan Panitia (U-Pan v1.5)
  4. Automasi Pengurusan Khas Panitia Pendidikan Islam (U-PanPI v3.3)
  5. Automasi Pengurusan Bahan dan Harta Bilik Khas (U-Harta v2.0)
  6. Automasi Carian Rekod Kew-PA (U-Rekod v1.0)
  7. Automasi Pengurusan Sukan Tahunan (U-Sport v2.1)
  8. Automasi Pengurusan Hafazan/Tilawah & Amali (U-PratikPI v3.3)
  9. Automasi Pengurusan PAFA UPSR (U-PAFA v1.5)

Beberapa lagi automasi dan sistem sedang dibangunkan dan dibaikpulih bagi memenuhi permintaan pendidik-pendidik dalam memudahkan pengurusan perkeranian yang membebankan seperti:

  1. Automasi Pembinaan Pelan Strategik dan Pelan Perancangan Tahunan (U-Plan v1.0)
  2. Automasi Pembinaan RPT dan RPH Pendidikan Islam (U-RP PI v1.0)
  3. Automasi Pengurusan Peperiksaan (U-Exam v4.5)
  4. Automasi Pengurusan Panitia (U-Panatia v1.0) * mengintegrasikan semua automasi sedia ada yang berkaitan dengan panitia

Keistimewaan automasi yang dibangunkan adalah kerana:

  1. Dibangunkan dengan perisian paling mudah seperti MS Excel dan MS Access
  2. Segala format, formula dan sistem dibuka supaya memudahkan pendidik memahami serta membuat pembaikan mengikut kesesuaian masing-masing.
  3. Dibangunkan secara unik mengikut data dan maklumat khas setiap pendidik.
  4. Setiap produk dibuat khas mengikut permintaan dan keperluan pendidik tertentu. Ini bermakna tiada dua automasi yang serupa, walaupun automasi yang sama.
  5. Sistem ini menggunakan kaedah memasukkan data paling mudah, tiada kaedah khas yang terlalu 'advance' untuk difahami. Ini bermakna semua pendidik tanpa mengira tahap kemahiran ICT mampu menggunakan produk ini.
  6. Semua automasi dan produk adalah hasil kesukaran dan kepayahan yang dilalui oleh pendidik. Produk-produk ini dibangunkan untuk memudahkan pendidik dan bukannya menyusahkan fikiran pendidik.
  7. Produk-produk ini mengurangkan kerja bertindih pendidik dalam memenuhi kehendak pelbagai pihak.
  8. Mengurangkan masa pengurusan perkeranian, yangmana tidak efisyen kepada masa seorang pendidik yang sepatutnya menumpukan masa dalam merancang P&P lebih baik.

KURSUS DAN BIMBINGAN

Kita seringkali diberikan pendedahan pelbagai kursus ICT yang biasanya mengkhususkan kepada sesuatu perisian seperti Kursus Photoshop, Dreamweaver, Flash, MS Learning Assentials dan banyak lagi. Kita juga didedahkan bagaimana untuk menggunakan perisian tersebut. Malangnya, seringkali kita tidak didedahkan kepada cara khusus dalam mengintegrasikan setiap kemahiran tersebut kepada pengaplikasian sewaktu kita mengajar atau murid kita membina tugasan.

Oleh yang demikian, ramai rakan-rakan pendidik yang meminta bantuan dalam memberi bimbingan menggunakan semua kemahiran ICT yang ada kepada satu set sesi P&P Bestari yang mengintegrasikan semua kemahiran yang ada pada pendidik atau murid dalam memberikan hasil yang terbaik dalam penyediaan set pengajaran atau penyediaan set hasilan tugasan oleh murid. Memberikan bimbingan mengintegrasikan semua kemahiran ini bukan hanya dengan set panduan atau manual khas. Ianya memerlukan bimbingan berterusan samada melalui kursus mahupun sesi bimbingan khas melalui email.

Berikut beberapa tema kursus yang disediakan

  1. Mengintegrasikan MS Learning Assentials dalam P&P
  2. Integrasi bahan grafik, audio, video dan multimedia dalam P&P
  3. Mengintegrasikan Internet dalam P&P
  4. Membina set P&P Bestari menggunakan Web-Based Learning (WBL) dan Project-Based Learning (PBL)
  5. Mengintegrasikan kemahiran Internet dalam P&P

Keistimewaan kursus secara integrasi

  1. Tahap aplikasi kursus melebihi 60%. Bermaksud setiap pendidik yang didedahkan ilmu ini akan menggunakan ilmu tersebut.
  2. Tahap kemahiran ICT sedia ada yang rendah.
  3. Kursus dijalankan secara hands-on atau self-access. Tiada ceramah, tiada syarahan yang membosankan. Pendidik diberikan ruang dalam bereksperimentasi dengan ilmu yang diberikan.
  4. Setiap pendidik dibekalkan bahan lengkap dalam menggunakan setiap perisian.
  5. Pencapaian kursus ditetapkan oleh penganjur dalam bentuk material dan hasil siap yang lengkap serta boleh digunakan terus dan bukannya bahan percubaan.
  6. Setiap sesi kursus akan diberikan satu tapak web berbentuk forum khas sebagai platform berbincang dan meneruskan pembelajaran tak langsung selepas sesi kursus.
  7. Setiap sesi kursus akan disediakan seorang Instruktor dan seorang Fasilitator mengikut saiz dan kesesuaian tempat kursus.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS