Laman ini dibangunkan sebagai pemangkin kepada kemudahan dan pemudahcara ICT kepada Komuniti Pendidik di mana jua anda berada. Kami menyediakan perkhidmatan pemudahcara dalam mengintegrasikan ICT dalam P&P . Selamat Datang..
RSS
content top

Produk Kami

1. Automasi Pengurusan

  • Automasi Pengurusan Peperiksaan
Automasi ini mengandungi beberapa paparan pangkalan data yang memberikan kemudahan kepada pengguna dalam menyatukan markah peperiksaan dan ujian dengan efisyen. Hanya dengan mengisi markah ujian, semua analisis akan dilakukan secara automatik. Daripada peratus, gred, kedudukan, analisis lulus dan gagal, gred purata matapelajaran (GPM), headcount, TOV, ETR dan laporan-laporan khas seperti laporan headcount pelajar serta laporan pencapaian murid. Disertakan juga satu paparan khas gred pencapaian setiap murid dalam graf headcount. Hasil daripada automasi ini guru tidak perlu menyalin semula markah murid setiap kali diminta. Guru juga hanya perlu menggunakan data yang dijana kepada semua laporan yang dikehendaki seperti Sistem Laporan Analisis Peperiksaan. dan sebagainya. Input maklumat yang perlu dimasukkan hanyalah markah yang murid tersebut dapat.
  • Automasi Pengurusan Ko-kurikulum
Automasi ini membantu Guru-guru penasihat kokurikulum serta Setiausaha Kokurikulum dalam mengurus unit kokurikulum dengan lebih berkesan. Kebiasaannya dokumentasi dalam kokurikulum agak tidak tersusun dan tidak skematik. Automasi ini membantu mengautomasikan semua kerja-kerja perkeranian yang membebankan guru. Automasi ini dilengkapi sistem pemarkahan ko-kurikulum, analisis ahli, pencapaian ahli, penyertaan ahli, penyediaan sijil-sijil, penyediaan surat-menyurat, minit mesyuarat, kertas kerja dan laporan aktiviti serta kewangan. Semuanya telah disusun terlebih dahulu dengan tersusun.

  • Automasi Pengurusan Panitia
Automasi ini memudahkan Ketua Panitia dan guru-guru panitia mengurus panitia masing-masing kerana automasi ini dilengkapi dengan sistem perfailan, surat menyurat, minit mesyuarat, kertas kerja, perancangan tahunan, pelan tindakan serta memudahkan Panitia merancang program khas seperti kajian tindakan, pelan strategik dan pemulihan.

  • Automasi Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
Automasi ini adalah lanjutan Automasi Pengurusan Panitia di atas. Penambahan dilakukan dengan memberi pautan automasi kepada pengurusan Dakwah Sekolah, Surau/Musollah/Bilik J-Qaf, Program-Program Sambutan Khas seperti Ihya Ramadhan, MTQ, Isra' Mikraj dan sebagainya.
  • Automasi Pengurusan Harta dan Bilik Khas
Automasi ini dibina dengan tujuan memudahkan penyelaras bilik-bilik khas atau panitia atau sesiapa sahaja individu yang bertanggungjawab terhadap harta kerajaan dan bahan-bahan P&P seperti buku, BBM, Harta Modal dan Inventori merekod dan membuat laporan tentang semua item dibawah jagaannya.
  • Automasi Carian Rekod KEW-PA
Automasi ini memberikan kelebihan kepada individu dengan capaian semua rekod yang berkaitan dengan Kementerian Pelajaran mudah diakses dan tersusun. Ianya juga memberi peluang pegawai kerajaan seperti guru untuk memahami setiap borang dan prosedur yang terlibat.
  • Automasi Pengurusan Sukan
Automasi ini amat popular dikalangan setiausaha-setiausaha sukan yang kepeningan dan huru-hara setiap kali kejohanan sukan bermula. Automasi ini dilengkapi dengan sistem pemarkahan dan perkiraan yang mudah, semua keputusan dibuat secara automatik dan amat pantas. Borang-borang telahpun disediakan dengan nama peserta layak siap tercetak. Sistem ini mampu dikendalikan dengan hanya seorang guru sahaja berbanding secara manualnya, pengurusan rekod dan urusetia mungkin memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang guru. Disertakan juga beberapa cadangan supaya sistem ini lebih cepat dan canggih digunakan dengan mengintegrasikan beberapa ciri-ciri teknikal ICT dan Multimedia.
  • Automasi Pengurusan Hafazan/Tilawah & Amali
Automasi ini sebenarnya adalah permintaan khas beberapa orang GPI yang memerlukan kemudahan dalam merekod semua pencapaian murid dalam hafazan, tilawah dan amali. Aspek penilaian adalah mengikut garis panduan yang telah diedarkan oleh SPPIM dan KPM.
  • Automasi Pengurusan PAFA UPSR
Automasi ini juga dibangunkan sebagai pemudahcara merekod pencapaian murid dalam PAFA yang sebelum ini hanya direkod secara manual. Penambahbaikan dilakukan di dalam automasi ini dengan menyelitkan pengurusan markah, sijil dan surat khas pencapaian murid dalam PAFA bagi memberi sokongan kepada murid yang cemerlang dalam permohonan mereka ke SBP, MRSM, SMKA dan SMAKJ.


2. Kursus-kursus bimbingan Integrasi ICT dalam P&P

  • Kandungan kursus Integrasi MS Learning Assentials
Kursus ini memberikan pendedahan kepada peserta tentang penggunaan MS Word, MS Excel dan MS Publisher dalam menyediakan pengajaran, kerja rumah, tugasan khas, analisa-analisa dalam pengurusan P&P dan penyediaan Bahan Bantu Mengajar.
  • Kandungan kursus Integrasi Bahan Grafik, Audio, Video dan Multimedia
Kursus memberikan pendedahan minima menggunakan perisian mudah seperti Photoshop, Ms Powerpoint dan Windows Movie Maker dalam membangunkan satu persembahan menarik atau hasilan tugasan yang lebih baik dan berkesan kepada P&P.
  • Kandunagan kursus Integrasi P&P Bestari (WBL & PBL)
Kursus ini memberikan pendedahan tentang maksud P&P Bestari. Bagaimana untuk melaksanakan satu sesi P&P bestari menggunakan Web-Based Learning dan Project-Based Learning. Walaupun kelihatannya seperti sukar, sebenarnya P&P bestari ini memudahkan guru melaksanakan P&P dan memberi kesan paling besar kepada murid.
  • Kandungan Kursus Integrasi Internet
Kursus ini pula memberi pendedahan kepada guru untuk memahami erti ' mengajar melalui internet'. Peserta akan dibimbing membina satu laman web khas sebagai satu sesi P&P menggunakan Blogger. Peserta juga berpeluang membina satu laman web khas e-usahawan. Peserta akan didedahkan dengan penggunaan borang maya, email dan rangkaian sosial seperti Yahoo Mesengger dan Facebook.


  • Jangka Masa Kursus Integrasi ICT dalam P&P (penuh)
Jangka masa : 30 hingga 35 jam (kursus penuh)
Pengisian : Integrasi MS Learning Assentials ( 4 jam )
Integrasi Bahan Grafik, Audio, Video dan Multimedia ( 6 jam )
Integrasi P&P Bestari (WBL & PBL) ( 8 hingga 10 jam )
Integrasi Internet ( 8 hingga 10 jam )
Bengkel dan Praktikal (4 jam )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read comments

Kadar Harga

Kami menyediakan 2 jenis perkhidmatan:

1. Perkhidmatan penyediaan Automasi Pengurusan

  1. Automasi secara berasingan
  • Automasi Pengurusan Peperiksaan ---- RM 20.00
  • Automasi Pengurusan Ko-Kurikulum ---- RM 10.00
  • Automasi Pengurusan Panitia ---- RM 15.00
  • Automasi Pengurusan Panitia Pendidikan Islam ---- RM 15.00
  • Automasi Pengurusan Harta dan Bilik Khas ---- RM 15.00
  • Automasi Carian Rekod Kew-PA ---- RM 10.00
  • Automasi Pengurusan Sukan Tahunan ---- RM 10.00
  • Automasi Pengurusan Hafazan/Tilawah dan Amali ---- RM 10.00
  • Automasi Pengurusan PAFA UPSR ---- RM 10.00

Setiap Automasi akan dibina semula khas untuk anda dengan harga ditetapkan pada setiap Automasi termasuk kos penghantaran kurier. Manual Pengguna akan disertakan pada setiap Automasi yang ditempah.

2. Pakej Khas Panitia Pendidikan Islam

  • Automasi Pengurusan Peperiksaan
  • Automasi Panitia Pendidikan Islam
  • Automasi Pengurusan Harta dan Bilik Khas
  • Automasi Pengurusan Hafazan/Tilawah dan Amali
  • Automasi Pengurusan PAFA UPSR

Pakej ini akan dibina khas mengikut keperluan panitia serta akan dibekalkan juga salinan khas untuk setiap guru GPI *(mengikut kehendak anda). Harga pakej ini adalah RM 50.00 termasuk kos penghantaran.

3. Pakej Khas Panitia

  • Automasi Pengurusan Peperiksaan
  • Automasi Panitia
  • Automasi Pengurusan Harta dan Bilik Khas

Pakej ini juga akan dibina khas mengikut keperluan panitia terbabit dengan kadar harga RM 30.00 termasuk kos penghantaran.

4. Pakej Khas Kokurikulum

  • Automasi Pengurusan Ko-Kurikulum
  • Buku Rancangan Aktiviti Ko-Kurikulum
  • Pekeliling khas Ko-kurikulum
  • Buku Prestasi Murid dalam Ko-kurikulum

Pakej ini memuatkan perkara-perkara yang perlu dalam pengurusan unit-unit ko-kurikulum. Pakej khas ini dijual dengan harga RM 30.00 termasuk kos penghantaran.

2. Perkhidmatan Bimbingan Kursus Khas Integrasi ICT dalam P&P

Pakej-pakej kursus di bawah hanya untuk kawasan Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sahaja. Kursus-kursus di negeri-negeri lain akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian masa dan logistik.

  • Kursus Integrasi ICT dalam P&P (penuh) ----- RM 125.00
  • Kursus Integrasi MS Learning Assentials ----RM 30.00
  • Kursus Integrasi Bahan Grafik, Audio, Video dan Multimedia --- RM 30.00
  • Kursus Integrasi P&P Bestari (WBL & PBL) ---- RM 50.00
  • Kursus Integrasi Internet ---- RM 30.00

* Sila rujuk Butiran Produk bagi mendapatkan isi kursus dan butir jelas mengenai semua produk yang dibekalkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read comments

Hubungi Kami

The Wizard Training and ICT Solutions Sdn Bhd
d/a No 3, Gerai JKK,
Felda Lok Heng Selatan
81900, Kota Tinggi
Johor Darul Ta'zim

Pengurus (Operasi)
Pn. Siti Rahayu Md Zain

Pengurus (Latihan)
En. Mohd Zam Mohd Samuri

email; info.thewizard@gmail.com
Laman Web; http://thewizard-blog.blogspot.com
No Telefon ; +60177963001

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read comments

Mengenai Laman Ini

Selamat Datang kepada semua pengunjung dan pelawat.

Pada awalnya, ilmu ini disebarkan hanya kepada beberapa orang rakan yang ingin bantuan dalam 'menggunakan' ilmu ICT yang mereka ada agar diintegrasikan dengan kaedah P&P mereka. Oleh itu, kami memberikan bantuan dan kursus bukan hanya untuk mendalami ilmu tersebut, tetapi bantuan diberikan dalam membentuk kreativiti mudah menyediakan satu set produk khas dalam mencipta satu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan lebih menarik minat anak-anak murid yang dewasa ini lebih terarah kepada sumber ICT.

Beberapa set pemudahcara pendidik dalam mengurus P&P, Panitia, Unit-Unit Khas, Penilaian dan Pentaksiran serta mengurus Maklumat Murid telah dibangunkan mengikut spesifikasi khas keperluan pendidik tersebut. Set-set koleksi bahan audio dan visual juga berjaya dikumpul bagi memudahkan rakan-rakan pendidik memperbanyakkan sumber pengajaran. Maka terciptalah laman blog http://skkmck-muatturun.blogspot.com/ yang mana telah berjaya memberi ruang kepada ramai warga pendidik daripada Malaysia, Brunei, Singapura malah daripada Australia mengakses kemudahan koleksi ini secara percuma.

Berikutan itu, terdapat permintaan daripada beberapa rakan pendidik dan sekolah-sekolah tertentu untuk menyediakan kursus khas Integrasi ICT Dalam P&P ini. Malangnya, permintaan yang banyak tidak dapat dipenuhi semuanya, mengakibatkan timbul cadangan daripada rakan-rakan kepada kami untuk menyediakan satu laman khas inisiatif dan kreativiti Integrasi ICT dalam P&P dan Pengurusan Sekolah supaya mereka mudah mengakses dan menggunakan setiap produk yang telah kami bina.


PEMUDAHCARA DAN AUTOMASI KEMUDAHAN PENGURUSAN

Sehingga hari beberapa automasi pemudahcara pengurusan guru telah dibina dan digunakan secara tidak rasmi di beberapa buah sekolah.

  1. Automasi Pengurusan Peperiksaan (U-exam v4.2)
  2. Automasi Pengurusan Kokurikulum (U-koko v2.2)
  3. Automasi Pengurusan Panitia (U-Pan v1.5)
  4. Automasi Pengurusan Khas Panitia Pendidikan Islam (U-PanPI v3.3)
  5. Automasi Pengurusan Bahan dan Harta Bilik Khas (U-Harta v2.0)
  6. Automasi Carian Rekod Kew-PA (U-Rekod v1.0)
  7. Automasi Pengurusan Sukan Tahunan (U-Sport v2.1)
  8. Automasi Pengurusan Hafazan/Tilawah & Amali (U-PratikPI v3.3)
  9. Automasi Pengurusan PAFA UPSR (U-PAFA v1.5)

Beberapa lagi automasi dan sistem sedang dibangunkan dan dibaikpulih bagi memenuhi permintaan pendidik-pendidik dalam memudahkan pengurusan perkeranian yang membebankan seperti:

  1. Automasi Pembinaan Pelan Strategik dan Pelan Perancangan Tahunan (U-Plan v1.0)
  2. Automasi Pembinaan RPT dan RPH Pendidikan Islam (U-RP PI v1.0)
  3. Automasi Pengurusan Peperiksaan (U-Exam v4.5)
  4. Automasi Pengurusan Panitia (U-Panatia v1.0) * mengintegrasikan semua automasi sedia ada yang berkaitan dengan panitia

Keistimewaan automasi yang dibangunkan adalah kerana:

  1. Dibangunkan dengan perisian paling mudah seperti MS Excel dan MS Access
  2. Segala format, formula dan sistem dibuka supaya memudahkan pendidik memahami serta membuat pembaikan mengikut kesesuaian masing-masing.
  3. Dibangunkan secara unik mengikut data dan maklumat khas setiap pendidik.
  4. Setiap produk dibuat khas mengikut permintaan dan keperluan pendidik tertentu. Ini bermakna tiada dua automasi yang serupa, walaupun automasi yang sama.
  5. Sistem ini menggunakan kaedah memasukkan data paling mudah, tiada kaedah khas yang terlalu 'advance' untuk difahami. Ini bermakna semua pendidik tanpa mengira tahap kemahiran ICT mampu menggunakan produk ini.
  6. Semua automasi dan produk adalah hasil kesukaran dan kepayahan yang dilalui oleh pendidik. Produk-produk ini dibangunkan untuk memudahkan pendidik dan bukannya menyusahkan fikiran pendidik.
  7. Produk-produk ini mengurangkan kerja bertindih pendidik dalam memenuhi kehendak pelbagai pihak.
  8. Mengurangkan masa pengurusan perkeranian, yangmana tidak efisyen kepada masa seorang pendidik yang sepatutnya menumpukan masa dalam merancang P&P lebih baik.

KURSUS DAN BIMBINGAN

Kita seringkali diberikan pendedahan pelbagai kursus ICT yang biasanya mengkhususkan kepada sesuatu perisian seperti Kursus Photoshop, Dreamweaver, Flash, MS Learning Assentials dan banyak lagi. Kita juga didedahkan bagaimana untuk menggunakan perisian tersebut. Malangnya, seringkali kita tidak didedahkan kepada cara khusus dalam mengintegrasikan setiap kemahiran tersebut kepada pengaplikasian sewaktu kita mengajar atau murid kita membina tugasan.

Oleh yang demikian, ramai rakan-rakan pendidik yang meminta bantuan dalam memberi bimbingan menggunakan semua kemahiran ICT yang ada kepada satu set sesi P&P Bestari yang mengintegrasikan semua kemahiran yang ada pada pendidik atau murid dalam memberikan hasil yang terbaik dalam penyediaan set pengajaran atau penyediaan set hasilan tugasan oleh murid. Memberikan bimbingan mengintegrasikan semua kemahiran ini bukan hanya dengan set panduan atau manual khas. Ianya memerlukan bimbingan berterusan samada melalui kursus mahupun sesi bimbingan khas melalui email.

Berikut beberapa tema kursus yang disediakan

  1. Mengintegrasikan MS Learning Assentials dalam P&P
  2. Integrasi bahan grafik, audio, video dan multimedia dalam P&P
  3. Mengintegrasikan Internet dalam P&P
  4. Membina set P&P Bestari menggunakan Web-Based Learning (WBL) dan Project-Based Learning (PBL)
  5. Mengintegrasikan kemahiran Internet dalam P&P

Keistimewaan kursus secara integrasi

  1. Tahap aplikasi kursus melebihi 60%. Bermaksud setiap pendidik yang didedahkan ilmu ini akan menggunakan ilmu tersebut.
  2. Tahap kemahiran ICT sedia ada yang rendah.
  3. Kursus dijalankan secara hands-on atau self-access. Tiada ceramah, tiada syarahan yang membosankan. Pendidik diberikan ruang dalam bereksperimentasi dengan ilmu yang diberikan.
  4. Setiap pendidik dibekalkan bahan lengkap dalam menggunakan setiap perisian.
  5. Pencapaian kursus ditetapkan oleh penganjur dalam bentuk material dan hasil siap yang lengkap serta boleh digunakan terus dan bukannya bahan percubaan.
  6. Setiap sesi kursus akan diberikan satu tapak web berbentuk forum khas sebagai platform berbincang dan meneruskan pembelajaran tak langsung selepas sesi kursus.
  7. Setiap sesi kursus akan disediakan seorang Instruktor dan seorang Fasilitator mengikut saiz dan kesesuaian tempat kursus.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read comments