Laman ini dibangunkan sebagai pemangkin kepada kemudahan dan pemudahcara ICT kepada Komuniti Pendidik di mana jua anda berada. Kami menyediakan perkhidmatan pemudahcara dalam mengintegrasikan ICT dalam P&P . Selamat Datang..
RSS
content top

Produk Kami

1. Automasi Pengurusan

  • Automasi Pengurusan Peperiksaan
Automasi ini mengandungi beberapa paparan pangkalan data yang memberikan kemudahan kepada pengguna dalam menyatukan markah peperiksaan dan ujian dengan efisyen. Hanya dengan mengisi markah ujian, semua analisis akan dilakukan secara automatik. Daripada peratus, gred, kedudukan, analisis lulus dan gagal, gred purata matapelajaran (GPM), headcount, TOV, ETR dan laporan-laporan khas seperti laporan headcount pelajar serta laporan pencapaian murid. Disertakan juga satu paparan khas gred pencapaian setiap murid dalam graf headcount. Hasil daripada automasi ini guru tidak perlu menyalin semula markah murid setiap kali diminta. Guru juga hanya perlu menggunakan data yang dijana kepada semua laporan yang dikehendaki seperti Sistem Laporan Analisis Peperiksaan. dan sebagainya. Input maklumat yang perlu dimasukkan hanyalah markah yang murid tersebut dapat.
  • Automasi Pengurusan Ko-kurikulum
Automasi ini membantu Guru-guru penasihat kokurikulum serta Setiausaha Kokurikulum dalam mengurus unit kokurikulum dengan lebih berkesan. Kebiasaannya dokumentasi dalam kokurikulum agak tidak tersusun dan tidak skematik. Automasi ini membantu mengautomasikan semua kerja-kerja perkeranian yang membebankan guru. Automasi ini dilengkapi sistem pemarkahan ko-kurikulum, analisis ahli, pencapaian ahli, penyertaan ahli, penyediaan sijil-sijil, penyediaan surat-menyurat, minit mesyuarat, kertas kerja dan laporan aktiviti serta kewangan. Semuanya telah disusun terlebih dahulu dengan tersusun.

  • Automasi Pengurusan Panitia
Automasi ini memudahkan Ketua Panitia dan guru-guru panitia mengurus panitia masing-masing kerana automasi ini dilengkapi dengan sistem perfailan, surat menyurat, minit mesyuarat, kertas kerja, perancangan tahunan, pelan tindakan serta memudahkan Panitia merancang program khas seperti kajian tindakan, pelan strategik dan pemulihan.

  • Automasi Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
Automasi ini adalah lanjutan Automasi Pengurusan Panitia di atas. Penambahan dilakukan dengan memberi pautan automasi kepada pengurusan Dakwah Sekolah, Surau/Musollah/Bilik J-Qaf, Program-Program Sambutan Khas seperti Ihya Ramadhan, MTQ, Isra' Mikraj dan sebagainya.
  • Automasi Pengurusan Harta dan Bilik Khas
Automasi ini dibina dengan tujuan memudahkan penyelaras bilik-bilik khas atau panitia atau sesiapa sahaja individu yang bertanggungjawab terhadap harta kerajaan dan bahan-bahan P&P seperti buku, BBM, Harta Modal dan Inventori merekod dan membuat laporan tentang semua item dibawah jagaannya.
  • Automasi Carian Rekod KEW-PA
Automasi ini memberikan kelebihan kepada individu dengan capaian semua rekod yang berkaitan dengan Kementerian Pelajaran mudah diakses dan tersusun. Ianya juga memberi peluang pegawai kerajaan seperti guru untuk memahami setiap borang dan prosedur yang terlibat.
  • Automasi Pengurusan Sukan
Automasi ini amat popular dikalangan setiausaha-setiausaha sukan yang kepeningan dan huru-hara setiap kali kejohanan sukan bermula. Automasi ini dilengkapi dengan sistem pemarkahan dan perkiraan yang mudah, semua keputusan dibuat secara automatik dan amat pantas. Borang-borang telahpun disediakan dengan nama peserta layak siap tercetak. Sistem ini mampu dikendalikan dengan hanya seorang guru sahaja berbanding secara manualnya, pengurusan rekod dan urusetia mungkin memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang guru. Disertakan juga beberapa cadangan supaya sistem ini lebih cepat dan canggih digunakan dengan mengintegrasikan beberapa ciri-ciri teknikal ICT dan Multimedia.
  • Automasi Pengurusan Hafazan/Tilawah & Amali
Automasi ini sebenarnya adalah permintaan khas beberapa orang GPI yang memerlukan kemudahan dalam merekod semua pencapaian murid dalam hafazan, tilawah dan amali. Aspek penilaian adalah mengikut garis panduan yang telah diedarkan oleh SPPIM dan KPM.
  • Automasi Pengurusan PAFA UPSR
Automasi ini juga dibangunkan sebagai pemudahcara merekod pencapaian murid dalam PAFA yang sebelum ini hanya direkod secara manual. Penambahbaikan dilakukan di dalam automasi ini dengan menyelitkan pengurusan markah, sijil dan surat khas pencapaian murid dalam PAFA bagi memberi sokongan kepada murid yang cemerlang dalam permohonan mereka ke SBP, MRSM, SMKA dan SMAKJ.


2. Kursus-kursus bimbingan Integrasi ICT dalam P&P

  • Kandungan kursus Integrasi MS Learning Assentials
Kursus ini memberikan pendedahan kepada peserta tentang penggunaan MS Word, MS Excel dan MS Publisher dalam menyediakan pengajaran, kerja rumah, tugasan khas, analisa-analisa dalam pengurusan P&P dan penyediaan Bahan Bantu Mengajar.
  • Kandungan kursus Integrasi Bahan Grafik, Audio, Video dan Multimedia
Kursus memberikan pendedahan minima menggunakan perisian mudah seperti Photoshop, Ms Powerpoint dan Windows Movie Maker dalam membangunkan satu persembahan menarik atau hasilan tugasan yang lebih baik dan berkesan kepada P&P.
  • Kandunagan kursus Integrasi P&P Bestari (WBL & PBL)
Kursus ini memberikan pendedahan tentang maksud P&P Bestari. Bagaimana untuk melaksanakan satu sesi P&P bestari menggunakan Web-Based Learning dan Project-Based Learning. Walaupun kelihatannya seperti sukar, sebenarnya P&P bestari ini memudahkan guru melaksanakan P&P dan memberi kesan paling besar kepada murid.
  • Kandungan Kursus Integrasi Internet
Kursus ini pula memberi pendedahan kepada guru untuk memahami erti ' mengajar melalui internet'. Peserta akan dibimbing membina satu laman web khas sebagai satu sesi P&P menggunakan Blogger. Peserta juga berpeluang membina satu laman web khas e-usahawan. Peserta akan didedahkan dengan penggunaan borang maya, email dan rangkaian sosial seperti Yahoo Mesengger dan Facebook.


  • Jangka Masa Kursus Integrasi ICT dalam P&P (penuh)
Jangka masa : 30 hingga 35 jam (kursus penuh)
Pengisian : Integrasi MS Learning Assentials ( 4 jam )
Integrasi Bahan Grafik, Audio, Video dan Multimedia ( 6 jam )
Integrasi P&P Bestari (WBL & PBL) ( 8 hingga 10 jam )
Integrasi Internet ( 8 hingga 10 jam )
Bengkel dan Praktikal (4 jam )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read comments